Terma & Syarat Penggunaan Terms & Conditions of Use
Kemas kini terakhir: 17 Mei 2026 Last updated: May 17, 2026
Selamat datang ke NasAI Medical Assistant. Dengan mendaftar, mengakses, atau menggunakan bot Telegram NasAI dan portal web kami, anda ("Pengguna", "Pengamal Perubatan") bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan kami. Welcome to NasAI Medical Assistant. By registering, accessing, or using the NasAI Telegram bot and our web portal, you ("User", "Medical Practitioner") agree to be bound by these Terms & Conditions. Please read them carefully before using our services.
1. PENAFIAN PERUBATAN UTAMA (AMARAN KLINIKAL) 1. MAJOR MEDICAL DISCLAIMER (CLINICAL WARNING)
NasAI HANYA BEROPERASI SEBAGAI SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN KLINIKAL (CDSS). Ia direka untuk membantu pengamal perubatan dan BUKAN untuk diagnosis muktamad. Maklumat, cadangan ubat, dan analisis luka yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) kami tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan, diagnosis rasmi, atau rawatan yang disahkan. Keputusan dan tanggungjawab akhir rawatan pesakit kekal 100% di bawah budi bicara dan penilaian klinikal bebas pengamal perubatan yang merawat. NasAI OPERATES EXCLUSIVELY AS A CLINICAL DECISION SUPPORT SYSTEM (CDSS). It is designed to assist medical practitioners and NOT for definitive diagnosis. Information, medication recommendations, and wound analyses generated by our artificial intelligence (AI) must not be construed as medical advice, official diagnosis, or confirmed treatment. The final decision and responsibility for patient care remain 100% under the discretion and independent clinical judgment of the attending medical practitioner.
2. Tanggungjawab Pengamal Perubatan 2. Responsibilities of the Medical Practitioner
- Anda bersetuju bahawa NasAI adalah sekadar rujukan tambahan, sama seperti merujuk buku teks atau jurnal perubatan. You agree that NasAI is merely an additional reference tool, similar to consulting a medical textbook or journal.
- Anda wajib membuat semakan bebas silang (cross-check) terhadap semua dos ubat, protokol, dan cadangan NasAI dengan Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) KKM yang terkini sebelum mengaplikasikannya kepada pesakit. You are required to independently cross-check all medication dosages, protocols, and NasAI recommendations against the latest Ministry of Health (MOH) Clinical Practice Guidelines (CPG) before applying them to patients.
- Sistem AI mempunyai potensi untuk berhalusinasi (hallucination) atau memberikan maklumat yang tidak tepat. Anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada output NasAI. AI systems possess the potential to hallucinate or provide inaccurate information. You must not rely solely on NasAI's output.
3. Pengurusan Data dan Privasi Pesakit (PDPA 2010) 3. Data Management and Patient Privacy (PDPA 2010)
- Tanpa Identiti (Anonymization): Semasa memuat naik gambar luka atau maklumat kes untuk dianalisis oleh NasAI, anda DIWAJIBKAN untuk memadam atau menyembunyikan sebarang maklumat peribadi pesakit (Nama, No. Kad Pengenalan, Wajah) sebelum dimuat naik. Anonymization: When uploading wound images or case details for NasAI analysis, you are REQUIRED to redact or obscure any personal identifiable information of the patient (Name, IC Number, Face) prior to uploading.
- NasAI tidak menyimpan rekod perubatan elektronik (EMR) pesakit dan tidak dipertanggungjawabkan atas kebocoran data pesakit jika pengguna secara cuai memuat naik maklumat sensitif. NasAI does not store patient Electronic Medical Records (EMR) and cannot be held liable for patient data breaches if a user negligently uploads sensitive, unredacted information.
4. Polisi Langganan, Kuota dan Pembayaran 4. Subscription, Quota, and Payment Policy
- Semua pembayaran pakej naik taraf (Starter, Plus, Pro, Ultimate) dilakukan melalui gerbang pembayaran sah (ToyyibPay). All payments for upgrade packages (Starter, Plus, Pro, Ultimate) are processed through an authorized payment gateway (ToyyibPay).
- Tiada Pemulangan Wang (No Refund Policy): Semua pembelian kuota adalah muktamad. Sebarang kuota yang telah dimasukkan ke dalam akaun Telegram ID pengguna tidak boleh ditukar kepada wang tunai. No Refund Policy: All quota purchases are final. Any quota successfully credited to a user's Telegram ID account cannot be refunded or exchanged for cash.
- Tiada Tarikh Luput (No Expiry Date): Buat masa ini, kuota yang dibeli tidak mempunyai tarikh luput dan boleh terus digunakan selagi aplikasi NasAI beroperasi. No Expiry Date: At present, purchased quotas do not have an expiration date and remain valid as long as the NasAI application is operational.
5. Had Liabiliti (Klausa Indemniti) 5. Limitation of Liability (Indemnity Clause)
Sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, pihak pembangun NasAI, syarikat bersekutu, dan pekerjanya TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang: To the maximum extent permitted by Malaysian law, the developers of NasAI, its affiliates, and employees SHALL NOT BE HELD LIABLE for any:
- Kecederaan, komplikasi kesihatan, kerugian, atau kematian pesakit akibat rawatan yang diberikan berdasarkan maklumat dari NasAI. Injury, health complications, loss, or patient death resulting from medical treatments administered based on information provided by NasAI.
- Tuntutan mahkamah, saman kecuaian perubatan (medical malpractice), atau aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) terhadap pengguna. Lawsuits, medical malpractice claims, or disciplinary complaints lodged with the Malaysian Medical Council (MMC) against the user.
- Kehilangan data, gangguan pelayan (server downtime), atau sekatan oleh pihak Telegram yang menyebabkan perkhidmatan tergendala. Data loss, server downtime, or platform restrictions (e.g., by Telegram) resulting in service disruption.
Pengguna bersetuju untuk melepaskan (indemnify) NasAI dari segala bentuk tuntutan undang-undang pihak ketiga hasil daripada penggunaan sistem ini. The user agrees to fully indemnify and hold NasAI harmless from all forms of third-party legal claims arising from the utilization of this system.
6. Ketersediaan Sistem, Penyelenggaraan & Bencana Alam (Force Majeure) 6. System Availability, Maintenance & Force Majeure
- Penyelenggaraan Terjadual: NasAI berhak menutup atau mengehadkan akses sistem pada bila-bila masa untuk penyelenggaraan, naik taraf, atau pembaikan pepijat. Kami tidak bertanggungjawab ke atas 'downtime' luar jangka akibat kegagalan infrastruktur pihak ketiga. Scheduled Maintenance: NasAI reserves the right to suspend or restrict system access at any time for maintenance, upgrades, or bug fixes. We are not liable for unscheduled downtime caused by third-party infrastructure failures.
- Klausa Bencana Alam (Force Majeure): Kami tidak akan dipertanggungjawabkan atau dianggap melanggar kontrak atas sebarang kelewatan, kegagalan fungsi, atau gangguan perkhidmatan akibat kejadian di luar kawalan seperti bencana alam, kebakaran, gangguan bekalan elektrik besar-besaran, sekatan internet, atau serangan siber. Force Majeure Clause: We shall not be held liable or deemed in breach of contract for any delays, system failures, or service disruptions caused by events beyond our reasonable control, including natural disasters, fires, mass power outages, internet restrictions, or cyberattacks.
7. Kemas Kini Versi Bot, API & Pangkalan Data Perubatan 7. Bot Version, API & Medical Database Updates
Sistem NasAI digerakkan menggunakan kecerdasan buatan yang dipandu oleh parameter arahan yang ketat serta disokong oleh pangkalan data rujukan perubatan luaran (termasuk teknologi Retrieval-Augmented Generation - RAG). Model AI, API, dan pangkalan data ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. The NasAI system operates using artificial intelligence guided by strict prompt parameters and supported by external medical reference databases (including Retrieval-Augmented Generation - RAG technology). The AI models, APIs, and these databases will be updated periodically.
Walaupun kami berusaha memastikan pangkalan data rujukan sentiasa tepat dan terkini, pengguna bersetuju bahawa NasAI tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang ralat, maklumat lapuk (outdated), atau perubahan respons bot akibat daripada kemas kini sistem tersebut. While we strive to ensure the reference databases remain accurate and up-to-date, users agree that NasAI will not be held liable for any errors, outdated information, or changes in bot responses resulting from these system updates.
8. Penyalahgunaan & Sekatan Akaun (Account Suspension) 8. Misuse & Account Suspension
Pihak NasAI berhak penuh untuk menggantung, menyekat, atau menamatkan akses akaun mana-mana pengguna serta-merta tanpa notis awal sekiranya terdapat unsur pelanggaran terma. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, individu bukan pengamal perubatan yang menyalahgunakan bot ini sebagai rujukan rawatan diri sendiri secara berbahaya. Tiada pemulangan wang (refund) akan diberikan bagi akaun yang disekat akibat pelanggaran syarat. NasAI reserves the right to suspend, block, or terminate account access for any user immediately and without prior notice in the event of a term violation. This includes, but is not limited to, non-medical individuals misusing the bot for dangerous self-treatment. No refunds will be issued for accounts suspended due to policy violations.
9. Hak Cipta dan Harta Intelek 9. Copyright and Intellectual Property
NasAI, kod sumber (source code), algoritma, logo, dan pangkalan data yang berkaitan adalah hak milik terpelihara pembangun. Pengguna dilarang menyalin, menjual semula, atau merekayasa balik (reverse engineer) bot ini untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis. NasAI, its source code, algorithms, logos, and associated databases are the copyrighted intellectual property of the developer. Users are strictly prohibited from copying, reselling, reproducing, or reverse engineering the bot for commercial purposes without explicit written consent.
10. Perubahan pada Terma 10. Changes to the Terms
NasAI berhak untuk meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan akan dikemas kini di halaman ini dan penggunaan berterusan anda selepas perubahan tersebut dianggap sebagai persetujuan terhadap terma baharu. NasAI reserves the right to amend these Terms & Conditions at any time. Updates will be posted on this page, and your continued use of the service following such changes constitutes your acceptance of the revised terms.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma-terma di atas, sila hentikan penggunaan aplikasi NasAI dengan serta-merta. Untuk sebarang pertanyaan teknikal, pembatalan langganan, atau sokongan, sila hubungi kami di:
If you do not agree with any of the terms outlined above, please discontinue your use of the NasAI application immediately. For technical inquiries, subscription cancellations, or support, please contact us at:
📧 E-mel: support.nasai@gmail.com
💬 WhatsApp: +60 14-613 2339